Thursday, December 27, 2012

Pergilah Dikau Dengan Tenang Disana



Gadess.Butterfly
Khamis - 27/12/12
at 12:07 PM

Assalamualaikum..!

Sudah beribu malah berjuta umat Islam kita menyebut tentang Arwah Yasmin J Hunwick atau nama sebenar arwah Yasmin Johan Eusoffe yang berasal dari Penang dan menetap di Langkawi, Kedah .. Aienn pun baru tahu pasal arwah dalam bulan lepas kalau tak silap .sebelum ni tak aktiv sangat dalam blog or twitter sebab tu sampaikan ada trending pasal arwah dekat twitter pun aienn tak tahu .. aienn mmg tidak pernah kenal arwah .tetapi setelah arwah pergi aienn mula mengenali arwah .. pemergiaannya membuka mata setiap umat ..

Arwah meninggal pada 3 June 2012 jam 11.50 PM .arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya dan dua lagi rakannya .. Al-Fatihah untuk arwah dan dua lagi rakan arwah ..

terasa rugi sangat sebab tak kenal arwah sewaktu hayatnya .kan bagus kalau dapat kenal arwah .tp takpe lah .aienn pun dah mula mengenali arwah setelah mula membaca blog arwah tempoh hari ..bagi aienn arwah merupakan seorang yg ceria, happy dan peramah ..

Selepas arwah meninggal, aienn pun ada merasa 2 rakan aienn meninggal dunia juga ..

Arwah Ahmad Syarafi 13 Ogos 1991 - 28 Ogos 2012

Arwah merupakan rakan aienn sewaktu dialam persekolahan (SMKCheras, Kuala Lumpur) .kami tak rapat tapi kami kenal sebab kami sama-II pengawas pusat sumber (pengawas perpustakaan) masa kami di tingkatan 2 .Arwah baik .Arwah banyak ajar aienn masa aienn baru lagi pegang jawatan pengawas pusat sumber ni .kadang-II tu kami bergilir-II buat kerja memfotostat-fotostat HEHE! ..

Arwah juga terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti Arwah Yasmin ..melihat dari blog rakan arwah, katanya ketika itu arwah dan rakan-rakan hendak pergi beraya ke salah seorang rumah rakannya .arwah kemalangan di Gua Tempurung akibat langgar lori .

Last aienn contact dgn arwah masa dua tahun lepas di facebook .tak silap, aienn yg add dye dkt facebook .aienn mula chat conversation dgn dye lebih kurang mcm ni la "salam .hai, kenal saya tak?" aienn pun lupe .nk check balik tgk2 dah padam semua msg2 lama dgn arwah .aienn pun tak tahu bila n kenapa aienn padam ..hmm ..

Dah hampir 7 tahun aienn tak jumpa arwah .aienn pindah ke kedah waktu aienn berusia 15 tahun ..mmg rindu sgt dekat kwn-II lama .sejak 2 tahun lepas aienn chat dgn dye, lps tu terus senyap dah .aienn pun dh mula tak tegur dye, begitu juga dgn dye .sampai lah tersebar berita pemergiaanya ..


rakan aienn yg kedua
Arwah Noor Ameera Othman *aienn tak ingat dia lahir berapa haribulan tp tak silap aienn bulan July 1991 - 10 Oktober 2012

Arwah merupakan rakan aienn sewaktu kami sama-II melanjutkan pelajaran di Polimas, Jitra Kedah dalam kos Seni Bina (architecture) .dye rakan sekelas aienn .terlalu banyak kenangan dengan arwah yg tak pernah aienn lupakan ..

Arwah meninggal dunia kerana sakit batu karang .tp ramai yg terkejut "takkan sakit batu karang pun boleh meninggal" ..tiada yg mustahil di dunia ini .rakan aienn ada berkunjung ke rumah arwah di malam hari arwah meninggal dunia .sampaikan aienn tanya pada kawan aienn "betul ke yg meninggal tu meera?" seakan-akan tidak percaya akan berita pemergiaannya ..seolah-olah arwah masih ada lagi .semua kawan-II satu kelas dgn arwah termasuk aienn, tak tahu yg arwah sakit .sampai lah seorang rakan kami post di wall group dkt fb yg menyatakan "kepada bagde 2010 yg mengenali Noor Ameera Othman atau dikenali sebagai Meera Whuut, beliau telah kembali kerahmatullah pada 10/10/12" .aienn terkejut sgt dgn berita tu .mcm tak percaya .betul ke? betul ke?

rakan aienn yg berkunjung ke rumah arwah pada hari arwah meninggal menceritakan perkara sebenar yg diceritakan oleh mak arwah sendiri . mak arwah kata, dia bukan tak nak bagi tahu dkt semua kawan-II arwah yg arwah sakit tp contact no kami arwah dah padam dalam phone mak arwah. nak check phone arwah, phone arwah ada password .mak arwah kata sebelum arwah operation arwah sihat je, tak demam tak apa .selepas operation Alhamdulillah, segalanya berjaya .arwah koma selepas operation tersebut .tiba-II doktor dapati ada jangkitan kuman didalam tubuh arwah .doktor dah tak boleh nak buat apa melainkan berserah pada yang Maha Esa kerana kuman tersebut dah merebak sampai ke kepala arwah ."Allah lebih sayangkan dia" dia pergi untuk selamanya ..

3 hari 3 malam aienn menangis kerana arwah .aienn tidak boleh terima kenyataan .begitu berkali-kali aienn merasakan kehilangan .aienn pernah kehilangan pakNgah aienn yg paling rapat dgn aienn sewaktu aienn berusia 14tahun tak silap aienn dan kehilangan jiran yg paling baik dan rapat juga sewaktu aienn berusia 20tahun (2011) ..sekarang pula bagai bertubi-tubi org yg aienn kenal dan rapat pergi meninggalkan dunia ni ..

Teringat lagi kenangan bersama Arwah Meera .pada masa tu aienn demam dan tak pergi ke kelas .aienn minta tolong kawan-II aienn utk hantar aienn ke klinik tp semua busy, ada kelas .kemudian aienn minta tolong dgn arwah .arwah kata ok, lepas dia habis kelas, dia ambil aienn .arwah yg hantar aienn pergi klinik .tu lah kali pertama aienn pergi Klinik 1 Malaysia .lepas pergi klinik arwah ada tanya "aienn dah makan ke belum?" kemudian arwah terus bawa aienn pergi beli makanan ."Ya Allah, baiknya dia terhadapku walaupun sebelum ni aku selalu berbuat jahat kepadanya .Ampunilah aku Ya Allah .Ampukan aienn ye meera"

Jika ada masa nanti aienn akan pergi melawat pusara arwah di Sungai Petani, Kedah .kami semua bercadang nak pergi lepas raya cina tahun depan .insyaAllah .jika diizinkan kami akan sampai sana ye ...


Selepas bertubi-tubi aienn merasakan kehilangan aienn selalu beringat tentang mati .aienn selalu terfikir, bagaimanalah keadaan aku ketika menghadapi sakaratul maut .aienn selalu bermimpi orang yg aienn syg pergi meninggalkan dunia ini .aienn tak tahu apa maksud disebalik mimpi tersebut .hanya Allah Maha Mengetahui .

Semoga kalian tenang dan damai disana .....Kami disini sering menghadiahkan Al-Fatihah buat kalian .... INNALILLAHWAINNALILLAHHIRAJIUN ...

p/s : maaf andai ada tersalah kata ."yang buruk datangnya dari diri sendiri, yang baik datangnya dari Allah SWT"



6 comments:

  1. bersabarlah awk,moga Allah merahmati keRedhoaan awk..sgt sedih kisah awk..sampai menangis sye bace..sebak pulak bile membace..mungkin ini dugaan Allah yg selepasnye ade hikmah terbuke..ameen..

    ReplyDelete
  2. @Aina Annysa ye awak ..Allah lebih mengetahui segalanya ..

    thanks for reading :)

    ReplyDelete
  3. sedih baca entry ni. setiap yang hidup pasti akan kembali. alfatihah.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah, semoga mereka tenang disana. kita disini kena beringat, mati itu pasti. :)

    ReplyDelete
  5. Sabar ya awak. Memang perit bila kita hilang kawan-kawan buat selama-lamanya . Sesungguhnya tiada yang kekal di muka bumi ni :')

    ReplyDelete
  6. Astaghfirullahalazim..x sangka miera dh pegi..rasa mcm baru smalam dia duduk dkt hujung katil masa skola teknik butterworth dulu..mmg arwah seorang yg baik..al fatihah

    ReplyDelete

Assalamualaikum ..
Sila Sila Komen ..
Tinggalkan Pesanan Anda ^^
Komen yang murni je OK! ^^