Gadess Butterfly
06/11/2012
at 3:10 AM
Assalamualaikum .. !
Hai semua ... mood hari ni daripada ceria elok tiba-tiba jadi suram dan masam .. hmm .... sedih gile lahh .. tak tahu nak kata macam mana .. hanya Allah sahaja yang tahu mcm mana rasa peritnya hati aienn sekarang ni .. :'(
Semua manusia diciptakan serba kekurangan termasuklah aienn ..manusia juga tidak pernah lari dari masalahkan ..mesti semua pernah menghadapi masalah walaupun masalah tu kecil sekalipun ...
Hati tidak akan tenang jika kita dalam masalah ..hati akan merasa gundah gulana tika menghadapi masalah ..BERDOA .. itu lebih baik ..insyaallah hati tenang ..dan istigfar lah :) insyaallah semuanya akan baik-baik sahaja ...setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya .. :)
Aku Bukan yang Terbaik ..
Aku sedar siapa diri ini ..tidak sempurna dan serba kekurangan ..tetapi andai kau mampu membaca hati ini pasti kau akan tahu corat-coret hati ini ...tetapi kau tidak bisa membaca hatiku, hanya Dia yang mampu mengerti setiap isi hatiku :'( aku hanya mampu bersabar dan terus berdoa ..
Aku sedar aku bukanlah yang terbaik untukmu .tetapi aku ingin menjadi yang terbaik buatmu ..aku ingin menjadi yang terindah didalam hidupmu ..aku ingin dan terlalu ingin .. tetapi apakan daya, aku hanya insan yang lemah dan serba kekurangan ..aku tidak indah dimatamu, tidak terbaik buatmu, tidak sama sekali .. aku pasrah dan redha dengan ketentuanNya ..Dia pasti ada jalan yang terbaik buat kita ..insyaallah ...
Aku tak mahu ingin terus disakiti ..cukup lah ..hati aku sakit sangat ..perit sangat ..andai mampu aku lupakanmu akan ku lakukan tetapi aku tak mampu kerana hatiku sudah tertulis rapi namamu ...aku takut untuk pergi jauh darimu .aku takut untuk berpisah denganmu ..dan aku takut kau membenciku :'( aku sedar siapa diri ini pada mu ..serba kakurangan dan bukanlah yang terbaik buatmu :( aku redha, aku pasrah, aku terima segalanya..
Jika kau bukan untukku, aku redha, mungkin Dia mahu kurniakan aku yang lebih baik darimu ..walaupun perit untuk aku terima tapi aku harus terpaksa terima jua ..walau sekuat mana pun aku genggam, jika memang tidak ditakdirkan untukku, aku terpaksa lepas jua akhirnya :'(
Jika aku pergi, janganlah membenci diri ini ..janganlah kau memaki diri ini ..aku tidak sanggup mendengarnya kerana aku sayang kamu ..anggaplah aku ini masa silammu :( sayangku buatmu jujur dan sebenar-benarnya ikhlas dilubuk hatiku :'(
Luahan hatiku yang gundah gulana
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ..
Sila Sila Komen ..
Tinggalkan Pesanan Anda ^^
Komen yang murni je OK! ^^