Gadess.Butterfly
Ahad - 25/11/12
at 1:39 AM
Assalamualaikum .. !
Hey guys ..aienn kadang-kadang usya blog orang then tengok macam-2 cerpen or story diorang buat .then tiba-2 terdetik difikiran nak buat Story sikit HEHE! hope korang suka lah ye :) this is first time .komen lah sikit ^_^
Nota Purple : Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia, ianya hanya rekaan semata-mata.
Ketika Aku, Ayah dan Ibu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri anak kawan ayah.
Tiba-tiba ayah berhenti ditengah jalan.
"Kenapa ayah berhenti?"tanya aku dengan penuh rasa hairan
"Ada lembu nak melintas sayang"jawab Ayah
"Oh....ingatkan apa tadi"kata aku sambil tersenyum
Selepas semua lembu itu habis melintas, lalu ayah meneruskan perjalanan. Tiba-tiba..........
pannnggggggggggg!!!!!
Kereta Ayah terpelanting jauh akibat dilanggar lori dari belakang.
Pemandu lori tersebut terus bergegas keluar dengan keadaan yang amat gelisah lalu menyelamatkan aku yang sudah terkeluar sedikit tubuhku dari kereta.
Selepas pemandu lori tersebut mengangkat aku ke tepi tiba-tiba kereta Ayah meletop.
"Ayah.....Ibu......"aku menjerit sambil menangis
Datang seorang jejaka tampan berT-Shirt putih sambil membawa bekal kuih ditangannya.
"Assalamualaikum.."kata Aiman yang singgah di rumah Pakcik Zaki
"Waalaikumsalam.."jawab Diyana dengan penuh sopan
"Awak baru pindah sini ye?"tanya Aiman
"Ye, awak tinggal dekat sini ke?"
"Ye, saya tinggal dekat sini.. Awak ni anak Pakcik Zaki ke?"
"Eh.. taklah, saya cuma anak sedara dia saja. Anak Pak Cik Zaki kan dah meninggal"
Diyana dan Aiman terus berborak panjang. Disitulah mulanya perkenalan mereka selepas kami berpindah ke rumah Pakcik Zaki di Sabah..
Aiman dan kawan-kawannya hendak pergi bermain bola ditaman, mereka lalu di hadapan rumah Pakcik Zaki.. Lalu Aiman ternampak seorang gadis berkerusi roda dihalaman rumah Pakcik Zaki.
"Eh, sapa tu? muka macam Diyana tapi berkerusi roda pula"kata hati Aiman dengan penuh rasa hairan
Selepas puas bermain bola, mereka pun pulang ke rumah masing-masing, dalam perjalanan pulang Aiman lalu dihadapan rumah Pakcik Zaki dan beliau masih lagi nampak gadis itu dihalaman rumah Pakcik Zaki lalu beliau menyapa gadis itu.
"Assalamualaikum..awak ni Diyana ke?"tanya Aiman untuk mendapatkan kepastian
gadis itu hanya mendiamkan diri, macam-macam yang Aiman tanyakan tetapi sepatah pun tidak keluar dari mulut gadis itu,......lalu Diyana keluar.
"Assalamualaikum Aiman, awak buat apa dekat sini?"tanya Diyana
"Eh, Diyana? habis tu ni siapa?kenapa?......"
lalu Diyana mencelah"Ini Dayana, adik kembar saya"
"Oh..patutlah muka sama..kenapa dia berkerusi roda?"tanya Aiman dengan penuh rasa ingin tahu
"Sebelum kami pindah kesini, Dayana, Ayah dan Ibu kami terlibat dalam satu kemalangan, Ayah dan Ibu tak dapat diselamatkan. selepas kejadian tu, Dayana jadi seorang yang pendiam, langsung tak bersuara, kadang-kadang tu bila dia ternampak api, dia menjerit. Dayana jadi trauma"cerita Diyana dengan penuh rasa sedih atas kejadian yang menimpa adik kembarnya itu
.............................................................
Aiman termenung sambil memikirkan Dayana yang baru dia jumpa siang tadi.
Dalam perjalanan ke sekolah tiba-tiba Aiman ternampak Diyana lalu menyapa gadis comel itu yang baru menjejak ke Tingkatan 2.
"Assalamualaikum awak.."sapa Aiman
"Waalaikumsalam"jawab Diyana sambil tersenyum
"Nak pergi sekolah ye? Jom kita pergi sekolah sama-sama?"ajak Aiman
"Ok, baiklah"
Dalam perjalanan Aiman sering bertanyakan tentang Dayana sampai tak larat Diyana melayan Pelajar Cemerlang PMR tahun lepas dan merupakan seorang Pengawas disekolahnya.
Pulang ke sekolah, Aiman pun terus singgah ke rumah Pakcik Zaki untuk bertemu dengan Dayana. seperti sebelum ini juga, Dayana tidak mengeluarkan sepatah kata pun dari mulutnya.
Aiman tidak berputus asa, Aiman cuba dari hari ke hari namun beliau gagal....
Beberapa bulan berlalu...........
Dayana sudah sembuh dan boleh mula ke sekolah tetapi Dayana masih dengan sikapnya yang pendiam.
Aiman terjumpa gadis comel itu disekolah.
"Assalamualaikum Diyana"
gadis itu senyap.. Aiman pelik sambil menggaru kepalanya. Aiman tidak tahu yang Dayana sudah boleh mula ke sekolah.
"Jom Adik kita pergi ke kantin, Kakak dah lapar sangat ni"ajak Diyana yang membahasakan dirinya Kakak kepada Dayana
"Diyana? eh, ni Dayana ke? Bila dia start sekolah?"tanya Aiman
"Eh, Aiman...tak perasan pulak. baru harini je. ok lah, kami ke kantin dulu ye, Assalamualaikum. bye"
Dayana keseorangan pulang dari sekolah. Diyana tidak dapat ke sekolah kerana kurang sihat.
Semasa Dayana dalam perjalanan pulang ke sekolah tiba-tiba ada sekumpulan pelajar lelaki menghampirinya. Mereka mengacau Dayana hingga gadis itu merasa amat takut.
Seorang jejaka datang lalu mengusir sekumpulan pelajar lelaki tersebut, mereka terus bergegas lari kerana takut akan Pengawas Sekolah yang bijak, lagi tampan kerana takut beliau melaporkan perkara ini kepada cikgu.
"Awak tak ada apa-apa ke?"tanya Aiman
"Tak...tak........saya takut"jawab Dayana dengan penuh ketakutan
Lalu Aiman bawa Dayana pulang sambil tersenyum dan berkata dihati
"Akhirnya..aku dapat juga mendengar suara merdu Dayana"
bersambung.......
Tweet
teruskan menulis ye. suke baca story akak
ReplyDelete@Eyqa Rawr wahh ..yeke? HEHE! thanks
ReplyDelete